i looove u MOM..PN AZIZAH BT BIDIN  

Posted by HoNeYsaH

Assalamualaikum..
bce ler post nieh..
mungkin akn mmbntu utk mnginsafkn kte sume sbg manusia yg sring leka dan lupe..

“Mohammad, jadi ke nak balik esok?” Soalan pertama ibu saya seusai memberi salam.

“Insyaallah jadi mak. Awat?” Tanya saya kembali.

(awat membawa maksud kepada dalam loghat Kedah)

” Takdak la, saja ja tanya.” Jawab ibu saya ringkas sebelum berpindah topik perbincangan kepada tajuk yang lain. Semuanya melibatkan orang kampung.

Pak Cik Man yang rumahnya dekat pondok sudah meninggal. Muda lagi, baru berumur 36 tahun. Meninggal sebab jatuh bangunan.

Kok Sa (jiran sebelah rumah) sering bertanya bila nak balik, bila nak balik. Tak dak imam muda kat kampung katanya.

Adik Akram (adik bongsu saya) sering bertanya soalan yang sama bahkan lebih kerap berbanding jiran saya itu. Adik bongsu saya ini akan menghadapi peperiksaan PMR tahun ini.

Dan banyak lagi topik perbualan kami.

IBU

Itulah seorang ibu.

Sebenarnya dalam seminggu itu sahaja sudah 4 kali ibu saya menelefon saya. Ia bermula apabila saya menyatakan hasrat saya untuk pulang berbuka puasa di rumah pada hujung minggu itu bersama isteri. Setiap malam beliau akan telefon dan bertanyakan soalan yang sama. Apabila ditanya

” Eh, kan cik dah confirm semalam? Ooo mak rindu kat cik ye?” Dua soalan dengan dua tujuan. Untuk kepastian dan untuk menyakat ibu. Semuanya dalam satu nafas. Tak pe, tak berdosa kan.

” Dak eh, saja la, mana tau kot-kot hang ada apa-apa ka” jawab ibu saya. Malu-malu lagaknya seperti anak dara diacah teruna.

Begitulah seterusnya. Bertanya kerana rindu pada seorang insan bernama ANAK.

ANAK

Apakah seorang anak masih belum memahami erti dan maksud setiap panggilan itu.

Apakah seorang anak masih belum mengerti erti bagi setiap pertanyaan itu.

Adakah anak yang sudah cerdik pandai itu masih berfikir yang ibunya menelefonnya tanpa tujuan, boring atau nak saje nak menaikkan bil telefon.

Adakah anak yang sudah berada bukan sahaja di menara gading bahkan lebih tinggi dari menara dari Burj Mubarak al-Kabir, Kuwait tahap keilmuannya tidak memahami maksud tersirat ibu. Ataupu kita kadangkala mencipta kesibukan baru selepas tamat kesibukan yang sebenar.

Atau kita kita meletakkan ibu di pririority PENTING TAPI TAK SEGERA. Lagilah teruk kalau kita letakkan TAK PENTING DAN TIDAK SEGERA. Urusan pejabat SEMUANYA PENTING DAN SEGERA. Malanglah kita kalau inilah sikap kita.

Sekiranya kita orang yang bijak, tentu kita tahu bagaimana untuk membezakan antara semua di atas.

“Alaa, banyak kerja tak siap lagi ni. Mak pulak ajak balik kampung” Adakah ini ngomelan kita. Atau

“Alaa nanti-nanti la cik balik”

Sedangkan dalam masa yang sama kita mampu meluangkan masa dengan rakan taulan.

Kita mampu meluangkan masa dengan kerja over time kita.

Kita mampu meluangkan masa dengan program release tension kita, futsal, memancing dan pelbagai lagi.

Namun kita sukar meluangkan sedikit masa untuk ibu kita. Kita hanya melihat ibu kita dengan mata kasar, kita tidak meletakkan ibu kita di dalam hati.

LIHAT DENGAN HATI

Aznan dan isterinya sedang membeli belah di Pasaraya Sogo tiba-tiba isterinya berhenti betul-betul di hadapan kedai pakaian sutera. Matanya bersinar-sinar. Mulutnya melemparkan senyuman tanpa sebarang gurauan.

“Kenapa sayang” tanya Aznan.

“Takde apa-apalah abang. Sayang saje je berhenti di hadapan kedai nie.” jawabnya.

“Ooo ye ke” Jom la kita pergi tempat lain pula. Ajak Aznan tanpa melihat dengan hatinya maksud isterinya.

Apa komen saudara pada Aznan.

Sekiranya anda mengatakan Aznan dayus, maka dia kana menjawab

“Kenapa pula dayus? Kalau dia betul-betul nakkan kain sutera tu, cakap je la, apa masalahnya” jawabnya.

Sekilas mata kasar memandang,betul juga pandangan Aznan tu, tapi sekilas mata hati mengatakan hatimu memang mati.

Namun tidak dinafikan ramai orang boleh membaca isi hati kekasihnya tanpa perlu dilafaz. Ramai orang boleh membaca isi hati isterinya tanpa diungkap, tapi ramai orang yang sukar memahami bahasa hati ibu walaupun diungkap dan ditutur.

Atau sengaja tidak mahu memahami.

I LOVE ISLAM

Lebih sukar lagi untuk mencari orang yang meletakkan Islam di dalam hatinya.

Yang hidupnya hanya untuk Islam.

Yang semua gerak kerjanya hanya untuk Islam.

Yang matinya hanya untuk Islam.

Sekiranya melihat Islam bukan dengan mata hati.

Bukalah hatimu, nescaya kamu akan melihat Islam yang amat luas, yang amat indah, yang akan menggembirakanmu, yang akan memandumu ke arah kesenangan dan kebahagiaan abadi.

Ia tidaklah sukar mana sekiranya kita tahu dan mahu.

This entry was posted on Wednesday, December 3, 2008 at 6:54 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 comments

Anonymous  

huhuhuhuhu

kalu sayang ibu huhu
banyak2 la ngaji
quran
kerana diakhirat nnti

quran akan dtg kpd si pembacanye
then bertanye siapa ibu nye
lepastu

quran akan memberikan perhiasan yg sebandingan ngan isi dunia huhu

bertanye ibu tu... ape yg telah aku buat sampai dpt nikmat sebegini rupe?

jwb quran


sebab ank mu la bace quran huhuhu

so kalu syg ibu
bace la quran bnyk2
......huhuhu

December 3, 2008 at 10:18 AM

yess BOSS!!
insyaAllah..
thnks 4 da advice YAY!

December 5, 2008 at 3:31 AM

xmo bace.. panjang sgt >.<

December 5, 2008 at 7:04 PM

pemalas!!

December 6, 2008 at 2:30 AM

Post a Comment